Sunday, September 22, 2013

Si A atau Si B ??

Assalamualaikum

Entry ni sekadar perkongsian bersama. Pilihan itu terasa lebih sukar kerana kedua-dua calon itu kelihatan baik dan punya kelebihan masing-masing.

Juga diketahui ada kelemahan masing-masing, yang membuatkan kita amat berhati-hati bercampur bimbang membuat pilihan.
Kawan-kawan yang dikasihi, ambillah masa yang sewajarnya untuk ta’aruf dan bangunkan komunikasi samada secara direct atau melalui orang tengah.
Adalah penting usaha kita sebagai seorang insan untuk merisik, menyiasat, menyoal selidik dan segala bentuk pencarian maklumat dan latar belakang insan yang kita cenderung menerimanya sebagai teman hidup.
Bukan mencari kesempurnaan, bukan menyelongkar keaiban insan lain – namun penyiasatan dan pemerhatian kita kepada bakal pendamping adalah persediaan penting.
Ia menjadi pembuka mata untuk kita membina rumahtangga dengan lapang dada dan bersedia dengan kemungkinan yang tiba.
Sebaiknya penyelidikan kita itu, kita musyawarahkan dengan ibu dan ayah atau orang-orang yang amanah serta berilmu. Kita bukan meminta orang lain membuat keputusan, namun pandangan mereka akan menjadi extra ’mata’ dan ‘telinga’ untuk kita memilih teman hidup dengan teliti.
nikah, iluvislam, jodoh, cinta
Haaa... Jika kita dah dah buat keputusan dan tahu mana yang kita dah pilih, Ada pulak perkara-perkara penting untuk fokus pada DiRI KITA pulak.
Antaranya ialah :
Usah bermain-main dengan keraguan perasaan…
Akankah lelaki ini kelak membahagiakan diriku?
Adakah lelaki ini akan menjadi pemimpin yang baik untukku?
Akan tulus ikhlaskah cinta kasihnya padaku?
Adakah lelaki ini kelak akan menghormati dan menghargaiku sebagai seorang isteri?
Bagaimana kelak dia akan melayaniku sebagai isteri, akan santun dan baikkah pekertinya?
Rasanya persoalan macamnie tak perlu la nak tuju kat diri Sang Suami, tapi kita perlu fokus pada diri kita sendiri seterusnya memperbaiki apa yang perlu dibaiki. Sebaliknya kita tanya pada diri kita sendiri. Antaranya :
---> Wahai diri, adakah keperibadian seperti diri ku ini kelak akan membahagiakan hati       seorang suami?
---> Adakah karakter diriku ini membuatkan suamiku tenang dan senang dengan diriku      sebagai orang/ isteri yang dipimpin?
---> Mampuku diriku tulus mencintai suami kerana Allah, bersabar dan berhikmah                 dengan seribu satu kelemahannya?



Sikap, karakter diri, dan penghayatan Islam pada diri kita sendiri insya-Allah kelak akan bawa pengaruh yang besar pada suami dan rumahtangga.
Saat ini, berusahalah memilih calon suami yang beriman, usah keterlaluan memikirkan masa depan yang kita tak ada kawalan.
Isteri yang baik, tidak semestinya memiliki suami yang baik, kerana pernikahan adalah ruang ujian, teman hidup kita boleh saja menjadi ujian getir dalam hidup yang sebentar ini.
Suami akan berubah – cepat atau lambat, namun moga sifat dan sikap kita yang penuh nilai-nilai kebaikan mampu menjemput suami dan anak anak berubah kepada jalan yang dicintai tuhan.

1 comment: