Tuesday, September 18, 2012

3 jenis Jodoh Pertemuan....


Dalam hidup ini terdapat 3 jenis jodoh pertemuan yang ditakdirkan, antaranya:


Jodoh dari Syaitan

Jodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.


Jodoh dari Jin

Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.


Jodoh dari Allah SWT

Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta… :)

RsiKo berCinta SebeLum Kawin



Di peringkat perkembangan remaja seperti adik, secara psikologinya, naluri untuk mencari dan mempunyai kenalan serta bercinta adalah lumrah.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna perhubungan cinta ini boleh dicemari dengan perkara atau perlakuan yang bertentangan dengan syariat agama. 

Mengenai perkahwinan dan bercinta sebelum kahwin dalam Islam, daripada Anas r.a katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa benci sunnahku, maka dia bukan daripada golonganku. 

Allah s.w.t menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasangan, berkasih sayang, bahagia dan dapat memenuhi tuntutan syahwat melalui cara halal. 

Fitrah itu dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. 

Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu” (An-Nisaa’ ayat:1). 

Dalam bercinta, Islam menggariskan akhlak terbaik untuk merealisasikan percintaan lelaki dan perempuan. Cinta sebelum perkahwinan dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. 

Sebagai pelajar, memberi perhatian kepada pelajaran adalah penting. Justeru, penting juga untuk adik memastikan hubungan cinta adik berdua tidak menjejaskan pelajaran. 

Sama ada adik patut meneruskan hubungan dengan kekasih atau memutuskannya, jika percintaan adik berdua mempunyai tujuan suci iaitu bertujuan membawa ke alam perkahwinan dan ikatan yang sah sebagai pencinta beriman dan takutkan Allah, adik berdua haruslah menjaga batas pergaulan. 

Adik dan kekasih harus menghormati maruah dan harga diri masing-masing. Dalam erti kata lain, tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih kerana orang yang ketiga adalah syaitan.

Monday, September 17, 2012

Assalamualaikum sahabat2,,seandainya ada ap2 yg hendak share,,pertanyaan...bleh la rujuk kpd FB saya ye :)


Kata ustaz :')

Air mata yang menangis kerana ALLAH, kita akan rasa cepat je kering air mata tu kat pipi, betul tak ?


~Itu tandanya ALLAH dah mengangkat air mata itu untuk di jadikan saksi hamba-Nya menangis kerana DIA :') ♥ ya Allah , Maha Suci Allah ♥