Tuesday, September 24, 2013

Sejarah Hari Raya Haji

Assalamualaikum

Memandangkan sekarang musim haji, dan Hari Raya Haji dah nak dekat. So apa salahnya kalau sebelum sambut, kita mendalami dulu sejarah 'kenapa Hari Raya Haji disambut'? Mungkin ada yang dah tahu,mungkin yang belum tahu. Bagi aku hari raya haji merupakan 1 pengorbanan terbesar yang perlu kita fahami. Ianya bukan sahaja mengerjakan Fardu Haji,tetapi disebalik dari itu,terdapat 3 peristiwa rentetan sejarah yang perlu kita ambil ikhtibar dari sejarah Islam

Merenung kembali jejak-jejak sirah para nabi, perayaan ini lebih sinonim dengan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. Catatan sirah kedua-dua nabi ini menjadi satu inspirasi kepada jutaan umat islam kearah rasa taqwa kepada Allah S.W.T tanpa berbelah bagi. Malah ia menjadi gambaran simbol kasih sayang yang kukuh antara seorang hamba kepada Tuhannya, seorang suami kepada isterinya, dah kasih ibu kepada anaknya.

Terdapat tiga peristiwa penting yang boleh dikutip dalam catatan sirah ini:

Pertama kisah Siti Hajar dan anaknya Ismail a.s yang diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Ibrahim agar meninggalkan mereka di satu kawasan padang pasir yang tandus. Ia kini menjadi tumpuan jutaan umat islam menunaikan rukun islam yang ke lima iaitu Mekah. 


Peristiwa kedua Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu. 

Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.

Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI).

Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian." – Surah al-Soffaat: 101-108.


Peristiwa ketiga ialah pembinaan semula kaabah oleh kedua-dua Nabi Allah yang mulia ini.

'Dan (ingatlah), ketika kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Jadikanlah sebahagian makam Ibrahim tempat solat.'


Rentetan dari peristiwa ini, saban tahun ketika merayakan hari raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik. Semoga  kita lebih menghayati hari bersejarah ini dan mengambil pengajaran dan ikhtibar dari sejarah para nabi.

3 comments:

  1. Salam.Thanks for sharing. maklumat yg mnarik. update la lagi mklumat mcmni lagi ye. sy tggu post awk strusnya taw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. thnks for reading my entry.I.Allah klO sy ada masa akan slalu updte, :)

      Delete
  2. Awalnya dye update bab raya aji ni,,kih3.. nanti cter pasal madinah ke?maqam nabi,,,alang-alng dh cter psl haji ni kan..ye dop?

    ReplyDelete