Friday, February 26, 2010

KELAHIRAN NABI MUHAMMAD

Banyak perkara pelik yang berlaku semasa Nabi Muhammad dilahirkan. Antaranya bergegarnya Iwan Kisra iaitu istana Raja Farsi, kerajaan paling besar pada masa itu. Gegaran itu menyebabkan 14 anjung istana runtuh dan api yang sudah disembah oleh Majusi sejak beribu-ribu tahun yang tidak pernah padam sebelum ini terpadam. Gegaran itu juga menyebabkan tasik yang bernama Tasik Sawwah yang berdekatan dengan istana Raja Farsi tertimbus.

Apabila tiba saat Abdullah mahu dikahwinkan, Abdul Muttalib mengahwinkan Abdullah dengan Siti Aminah binti Wahab, yang juga daripada keturunan suku Abdul Manaf. Keturunan ayah dan ibu Muhammad adalah daripada Qusai bin Kilab. Kesemua mereka daripada keturunan Ismail. Daripada sudut keturunan pun, Muhammad bin Abdullah adalah orang paling mulia dan paling bangsawan.

Keluarga Siti Aminah tinggal di Yathrib atau Madinah. Abdul Muttalib membawa anaknya Abdullah ke Yathrib dan dikahwinkan di sana dengan Siti Aminah. Selepas itu, mereka pulang ke Mekah. Semasa Siti Aminah mengandung, ayah Muhammad meninggal dunia sebelum beliau dilahirkan lagi.

Sebelum Aminah melahirkan Muhammad, dia bermimpi melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki yang lahir bersama satu cahaya yang memenuhi bumi. Siti Aminah juga melihat dirinya berdoa kepada Tuhan, “Aku berlindung kepada Tuhan yang Esa supaya diselamatkan anak ini daripada semua orang yang dengki.” Kelahiran ini adalah pada hari Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah atau mengikut ahli sejarah sejarah 50 hari selepas peristiwa tentera gajah.

Banyak perkara yang pelik berlaku semasa kelahiran Muhammad. Hasan bin Thabit, penyair Muhammad menceritakan, salah satu daripada tanda itu, katanya, semasa Muhammad lahir, dia berada di Madinah dan umurnya pada masa itu tujuh tahun. Pada hari itu, aku berada dalam majlis orang-orang Yahudi Madinah. Seorang ulama Yahudi memanjat ke atas bumbung rumahnya sambil menjerit kepada semua orang, “Bintang Ahmad muncul di langit.” Bintang ini hanya muncul apabila Muhammad dilahirkan. Hasan menyaksikan sendiri peristiwa itu.

Siti Aminah ibu Muhammad bin Abdullah pernah memberitahu, semasa dia mengandungkan Muhammad dia tidak merasa penat ataupun sakit. Menurut sejarah lagi, Muhammad dilahirkan dalam keadaan sujud dan sudah berkhatan.

Apabila berita kelahiran ini sampai kepada Abdul Muttalib, beliau terlalu gembira. Apabila dia mendengar cerita-cerita tadi, dia bertambah gembira. Pada masa itu, Abdul Muttalib sudah menyebut anak ini akan mempunyai masa depan yang besar. Oleh kerana terlalu gembira, Abdul Muttalib terus membawa Muhammad ke dalam Kaabah sambil bersyukur kepada Tuhan

Nama Muhammad diberikan oleh Abdul Muttalib. Pada suatu masa, Abdul Muttalib pernah mengembara ke negeri Syam dengan tiga orang sahabatnya. Mereka bertemu dengan ulama Yahudi di Syam. Rahib ini bercerita kepada mereka, akan lahir seorang nabi di Mekah yang bernama Muhammad. Selepas itu, apabila pulang, keempat-empat mereka berazam menamakan anak mereka Muhammad. Dari sinilah Abdul Muttalib menamakan cucu lelaki daripada anak kesayangannya itu dengan nama Muhammad. Sebelum itu, orang-orang Arab tidak ada yang bernama Muhammad.

Antara perkara pelik yang berlaku semasa kelahiran Muhammad juga adalah bergegarnya Iwan Kisra iaitu istana Raja Farsi, kerajaan yang paling besar pada masa itu. Gegaran itu menyebabkan 14 anjung istana runtuh dan api yang sudah disembah oleh Majusi sejak beribu-ribu tahun yang tidak pernah padam sebelum ini terpadam. Gegaran itu juga menyebabkan tasik yang bernama Tasik Sawwah yang berdekatan dengan istana Raja Farsi itu tertimbus.

Apabila kisra iaitu Raja Farsi melihat kejadian-kejadian pelik ini dia menjadi sangat takut, lalu memanggil ahli-ahli nujum dan pendeta-pendetanya yang dapat berhubung dengan jin. Jin-jin sebelum kelahiran Muhammad boleh naik ke langit dan mendengar berita di langit apa yang akan berlaku di dunia. Merekalah yang memberitahu berita-berita ini kepada pendeta-pendeta dan ahli-ahli nujum. Dari sinilah para pendeta dan ahli nujum membuat ramalan mereka.

Allah berkata dalam surah al-Jin ayat 9 yang bermaksud, “Kami para jin sebelum ini mempunyai tempat untuk mendengar berita di langit, barang siapa yang mencuri mendengar lagi sekarang akan dipanah.” Ada antara pendeta ini yang menyebutkan pada kisra, peristiwa ini berlaku kerana kelahiran seorang nabi.

Kisra bertanya maksud 14 anjung istana kisra yang runtuh. Mereka berkata, “Kerajaan Farsi akan diperintahkan oleh 14 orang kisra lagi dan selepas itu kerajaan Farsi akan jatuh.” Kisra berkata, “14 orang kisra lagi, memaparkan tempoh yang panjang, masih lama lagi, tidak perlulah dirisaukan.”

Selepas kematian kisra ini, anak-anaknya berebut kuasa. Dalam masa empat tahun sahaja, 10 orang kisra memerintah Farsi. Semua ini petanda kejatuhan kerajaan yang paling besar pada masa itu iaitu Kerajaan Farsi. Inilah antara berita gembira yang berlaku sempena kelahiran Muhammad.


Dipetik dari buku “Biografi Muhammad bin Abdullah (Edisi Kemas Kini)” karangan Noor Naemah Abd. Rahman,Zulkifli Mohd. Yusoff

1 comment:

  1. MUHAMMAD SAW DAN KELAHIRANNYA


    Muhammad SAW dilahirkan dari keluarga yang bersih dan mempunyai silsilah terhormat, yang menjadi pusat segala keutamaan orang-orang Arab dan jauh dari kecendrungan-kecendrungan jahat. Mengenai dirinya, Rasulullah SAW berkata:


    “Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah dari putra Ismail, memilih Qureisy dari Kinanah, memilih Bani Hasyim dari Qureisy dan memilih diriku dari Bani Hasyim” (HR. Muslim).


    Kelahiran Muhammad SAW dalam keluarga yang memiliki keutamaan merupakan salah satu sarana menuju kesuksesan yang telah disediakan oleh Allah SWT. Masyarakat Arab jahiliyah sangat fanatik kepada sukunya masing-masing sehingga mereka tidak segan-segan memusnahkan suku-suku lain demi kehormatan sukunya sendiri, atau suku lain yang menjadi sekutu mereka. Selama beberapa waktu, Islam hidup dalam naungan tradisi yang sedemikian itu sampai ia mampu berdiri sendiri. Ibarat tanaman yang tidak lagi membutuhkan penyangga setelah ia tumbuh kuat dan tegak.


    Sekalipun Muhammad SAW berasal dari keturunan mulia, beliau tidak memiliki kekayaan. Sedikit harta miliknya dan kemuliaan keturunan sajalah yang membuat beliau memiliki sifat paling mulia di antara golongan masyarakat lain. Anak-anak dari keluarga terhormat biasanya bergelimang kekayaan sehingga menjadikan mereka sombong. Bila kekayaan mereka habis, mereka masih memiliki tradisi yang akan mempertahankan kedudukan dan kehormatan mereka. Oleh karena itu, ada di antara mereka yang mengatakan dalam syairnya:

    “Dengan warisan zaman yang ada pada kami, kami pertahankan kegemilangan kami dari hal-hal yang memalukan”.

    Abdul Muthalib adalah seorang penguasa Mekah, tetapi kekuasaannya adalah terakhir dan tidak menurun kepada anak-cucunya. Karena kedudukan para pesaingnya kian menguat, kemungkinan besar tampuk kekuasaan akan berpindah ke tangan mereka. Beberapa tahun kemudian kekuasaannya jatuh ke tangan keluarga Abdusy-Syam dengan tampilnya Abu Sufyan, dan dengan sendirinya kekuasaan terlepas dari tangan Bani Hasyim.

    Abdullah adalah anak bungsu Abdul Muthalib yang begitu dikasihinya. Sang ayah menikahkannya dengan Aminah binti Wahb. Setelah itu ia dibiarkan mencari penghidupan sendiri. Masih dalam keadaan pengantin baru, ia meninggalkan keluarganya untuk merantau mencari rizki. Di suatu musim panas ia pergi ke Syam untuk tidak kembali selamanya. Kafilah yang menyertainya ke Syam, tak lama kemudian pulang ke Mekah membawa berita tentang keadaannya yang sedang sakit, setelah itu menyusul lagi berita tentang wafatnya.

    Aminah, sebagai isteri, tentu sangat menantikan kedatangan suaminya yang masih muda dan gagah untuk mengabarkan kehamilannya dan kebahagiaan mereka bila anak pertama mereka lahir. Namun suratan takdir menghapus angan bahagia itu dan akhirnya ia harus rela menjadi janda bersama anak tunggalnya.

    Kelahiran Muhammad SAW di Mekah berlangsung secara wajar. Tidak ada peristiwa yang menggegerkan atau menarik perhatian banyak orang. Para sejarahwan tidak bisa memastikan dengan tepat hari, bulan atau tahun kelahiran beliau. Namun sebagian besar sumber telah menetapkan tahunnya, yaitu pada saat Mekah diserang oleh orang-orang Habasyah, tahun 570 M, tanggal 12 Rabi’ul Awal atau 53 tahun sebelum hijrah.

    Ketentuan hari lahir beliau dilihat dari sudut agama tidak memiliki arti apa-apa. Adapun peringatan-peringatan hari lahir beliau tidak lain hanyalah tradisi keduniaan yang tidak ada hubungannya dengan syariat. Beberapa sumber menceritakan adanya peristiwa aneh yang menandakan kenabian beliau sewaktu dilahirkan. Cerita-cerita seperti ini merupakan ungkapan keliru tentang pemikiran yang benar. Yang benar ialah bahwa kelahiran Muhammad SAW menandakan akan runtuhnya kezaliman, kesewenangan-kesewenangan dan kedurhakaan. (dikutip dan diedit dari buku: Sejarah Perjalanan Hidup Muhammad karya Ulama Muhammad Ghazali, Penerbit Mitra Pustaka, halaman 55-66)

    ReplyDelete