Wednesday, August 7, 2013

Saturday, February 23, 2013

Hadyai & Songkla, Thailand

                  Assalamualaikum


Bersyukur sangat sangat pelajar Diploma Perbankan Islam semester 4 &5 sesi 2011/2012 di bawah Kulliyyah Muamalat telah mengadakan  satu program yang berbentuk ilmiah bagi mengukuhkan lagi kefahaman tentang Institusi Kewangan Islam dan Pengurusan Kewangan Islam.



Wah macam skema ayat kat atas tu..macam dalam report pulak uolls kan...Ha sini aku nak story mory pasal program pengantarabangsaan kuliyyah aku..memang best sangat2...



Kreatif tau diorang ni..buat bunga ros dari daun pandan..bau dia wangi sangat sangat..harummmm



Kat sini diorang panggil pantai Songkla @ Pantai Duyung....



 Hatyai adalah bandar terbesar di selatan Thailand dan keempat terbesar di seluruh Thailand. Terletak di dalam Changwat (Wilayah) Songkhla. Sebutan yang betul ialah Hat- Yai,tetapi entah kenapa orang Malaysia sering menyebut Hat-Nyai...Ianya sering dikunjungi terutama oleh rakyat Malaysia dan Singapura dengan 1001 tujuan yang hanya diketahui oleh empunya diri. Buruk atau baik tujuan kunjungan tersebut biarlah mereka dan Tuhan mereka sahaja yang tahu. Bagi aku pula lawatan ke sana baru-baru ni adalah kali yang ke pertama.



At Green Market..Bersama kakak syu,Lina and me...

Gambar ni aku paling suka...Thanks to http://semutkenyang.blogspot.com/ 
or Jamirul aswad sebab snap pictures ni untuk kitaorang,,Haha


Selain itu, untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Gembira sebab ada destinasi  yang belum pernah dikunjungi,salah satunya ialah pasar terapung atau dalam bahasa Thai dikenali sebagai thalat nam Klong Hae. Thalat=pasar...nam=air atau terjemahan harfiahnya pasar air. Klong Hae(sebut hair) ialah nama sungai. Sebelum ni aku tidak pernah tahu bahawa pasar terapung juga ada di Hatyai. Tetapi tujuan utamanya untuk melawat Bank Islam Of Hadyai ,As-Sideek Saving Coperative dan Kilang CoCa-Cola di sana.






Sini pulak Masjid Songkla..masjid dia cantik sangat..siap ada tasik lagi depan depan masjid








wah,,iolls nak pulang dah ke Malaysia...best sangat2 tau...banyak pengalaman..tambah2 ke Islamic Bank Of Hadyai...

Monday, January 7, 2013

Susah Senang BersaMa....


Sahabat yang baik
Sudah pasti
Tidak akan mengiyakan
Kesemua tindakan kita
Kerana ada ketikanya
Kita juga tersalah
Dalam membuat percaturan

Tuesday, September 18, 2012

3 jenis Jodoh Pertemuan....


Dalam hidup ini terdapat 3 jenis jodoh pertemuan yang ditakdirkan, antaranya:


Jodoh dari Syaitan

Jodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.


Jodoh dari Jin

Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.


Jodoh dari Allah SWT

Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta… :)

RsiKo berCinta SebeLum Kawin



Di peringkat perkembangan remaja seperti adik, secara psikologinya, naluri untuk mencari dan mempunyai kenalan serta bercinta adalah lumrah.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna perhubungan cinta ini boleh dicemari dengan perkara atau perlakuan yang bertentangan dengan syariat agama. 

Mengenai perkahwinan dan bercinta sebelum kahwin dalam Islam, daripada Anas r.a katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa benci sunnahku, maka dia bukan daripada golonganku. 

Allah s.w.t menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasangan, berkasih sayang, bahagia dan dapat memenuhi tuntutan syahwat melalui cara halal. 

Fitrah itu dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. 

Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu” (An-Nisaa’ ayat:1). 

Dalam bercinta, Islam menggariskan akhlak terbaik untuk merealisasikan percintaan lelaki dan perempuan. Cinta sebelum perkahwinan dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. 

Sebagai pelajar, memberi perhatian kepada pelajaran adalah penting. Justeru, penting juga untuk adik memastikan hubungan cinta adik berdua tidak menjejaskan pelajaran. 

Sama ada adik patut meneruskan hubungan dengan kekasih atau memutuskannya, jika percintaan adik berdua mempunyai tujuan suci iaitu bertujuan membawa ke alam perkahwinan dan ikatan yang sah sebagai pencinta beriman dan takutkan Allah, adik berdua haruslah menjaga batas pergaulan. 

Adik dan kekasih harus menghormati maruah dan harga diri masing-masing. Dalam erti kata lain, tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih kerana orang yang ketiga adalah syaitan.

Monday, September 17, 2012

Assalamualaikum sahabat2,,seandainya ada ap2 yg hendak share,,pertanyaan...bleh la rujuk kpd FB saya ye :)