Sunday, September 29, 2013

Terapi menguatkan Iman

Assalamualaikum

Aku tertarik dengan 1 artikel ni.Rupa-rupanya dengan bersendiri itu terapi semulajadi. Boleh menghilangkan tekanan, dengan bersendirian kita bukan sahaja rasa tenang,tapi kita dapat bermuhasabah diri secara tidak langsung. Bila difikirkan,selepas bersendirian kita akan rasa lapang je dada, rasa puas kan?

Siapa kata sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakan? Zahirnya, orang mungkin nampak seseorang yang bersendirian itu menyedihkan kerana kekosongan tanpa ditemani. Namun, pada hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya.

Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri. Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana dengan bersendiri, kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. SubhanaAllah! Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.
Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan daripada mereka-mereka.
Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki habluminnanas (hubungan sesama manusia). Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang.
Kerana, dengan bersendiri, seseorang mampu untuk berfikir dengan rasional tentang segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan seseorang mencari kembali dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca dan permata. Mampu membezakan antara hitam dan putih.
alt
Sendiri itu juga terapi untuk menghapuskan parut-parut dosa yang dilakukan. Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa? Tentulah hati takkan tenang apabila dosa-dosa tersebut menghantui. 
Sesungguhnya, sendiri itu terapi yang indah. Terlalu indah bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri. Allah SWT ciptakan sendiri itu untuk mengembalikan semula hambaNya yang ‘hilang’. Dia biarkan kamu yakni insan yang terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu kembali ke jalanNya. Bukan untuk menghukum kamu. Sebaliknya, untuk menyatakan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.
Jadi, janganlah bersedih apabila sendiri. Bersangka baiklah dengan Allah. 
Allah SWT berfirman:
“Aku akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan” (Hadis Qudsi Riwayat At-Thabrani)
Percayalah, setiap keadaan atau peristiwa itu mempunyai hikmah yang kadangkala dapat kita fikir sendiri (namun kadangkala hikmah itu tidak dapat difikir oleh kita manusia biasa). Ingat, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Biarlah kita buruk dan hina pada pandangan manusia, namun cantik dan suci pada pandangan Allah SWT :)

ILUVISLAM

Tuesday, September 24, 2013

Sejarah Hari Raya Haji

Assalamualaikum

Memandangkan sekarang musim haji, dan Hari Raya Haji dah nak dekat. So apa salahnya kalau sebelum sambut, kita mendalami dulu sejarah 'kenapa Hari Raya Haji disambut'? Mungkin ada yang dah tahu,mungkin yang belum tahu. Bagi aku hari raya haji merupakan 1 pengorbanan terbesar yang perlu kita fahami. Ianya bukan sahaja mengerjakan Fardu Haji,tetapi disebalik dari itu,terdapat 3 peristiwa rentetan sejarah yang perlu kita ambil ikhtibar dari sejarah Islam

Merenung kembali jejak-jejak sirah para nabi, perayaan ini lebih sinonim dengan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. Catatan sirah kedua-dua nabi ini menjadi satu inspirasi kepada jutaan umat islam kearah rasa taqwa kepada Allah S.W.T tanpa berbelah bagi. Malah ia menjadi gambaran simbol kasih sayang yang kukuh antara seorang hamba kepada Tuhannya, seorang suami kepada isterinya, dah kasih ibu kepada anaknya.

Terdapat tiga peristiwa penting yang boleh dikutip dalam catatan sirah ini:

Pertama kisah Siti Hajar dan anaknya Ismail a.s yang diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Ibrahim agar meninggalkan mereka di satu kawasan padang pasir yang tandus. Ia kini menjadi tumpuan jutaan umat islam menunaikan rukun islam yang ke lima iaitu Mekah. 


Peristiwa kedua Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu. 

Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.

Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI).

Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian." – Surah al-Soffaat: 101-108.


Peristiwa ketiga ialah pembinaan semula kaabah oleh kedua-dua Nabi Allah yang mulia ini.

'Dan (ingatlah), ketika kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Jadikanlah sebahagian makam Ibrahim tempat solat.'


Rentetan dari peristiwa ini, saban tahun ketika merayakan hari raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik. Semoga  kita lebih menghayati hari bersejarah ini dan mengambil pengajaran dan ikhtibar dari sejarah para nabi.

Sunday, September 22, 2013

Si A atau Si B ??

Assalamualaikum

Entry ni sekadar perkongsian bersama. Pilihan itu terasa lebih sukar kerana kedua-dua calon itu kelihatan baik dan punya kelebihan masing-masing.

Juga diketahui ada kelemahan masing-masing, yang membuatkan kita amat berhati-hati bercampur bimbang membuat pilihan.
Kawan-kawan yang dikasihi, ambillah masa yang sewajarnya untuk ta’aruf dan bangunkan komunikasi samada secara direct atau melalui orang tengah.
Adalah penting usaha kita sebagai seorang insan untuk merisik, menyiasat, menyoal selidik dan segala bentuk pencarian maklumat dan latar belakang insan yang kita cenderung menerimanya sebagai teman hidup.
Bukan mencari kesempurnaan, bukan menyelongkar keaiban insan lain – namun penyiasatan dan pemerhatian kita kepada bakal pendamping adalah persediaan penting.
Ia menjadi pembuka mata untuk kita membina rumahtangga dengan lapang dada dan bersedia dengan kemungkinan yang tiba.
Sebaiknya penyelidikan kita itu, kita musyawarahkan dengan ibu dan ayah atau orang-orang yang amanah serta berilmu. Kita bukan meminta orang lain membuat keputusan, namun pandangan mereka akan menjadi extra ’mata’ dan ‘telinga’ untuk kita memilih teman hidup dengan teliti.
nikah, iluvislam, jodoh, cinta
Haaa... Jika kita dah dah buat keputusan dan tahu mana yang kita dah pilih, Ada pulak perkara-perkara penting untuk fokus pada DiRI KITA pulak.
Antaranya ialah :
Usah bermain-main dengan keraguan perasaan…
Akankah lelaki ini kelak membahagiakan diriku?
Adakah lelaki ini akan menjadi pemimpin yang baik untukku?
Akan tulus ikhlaskah cinta kasihnya padaku?
Adakah lelaki ini kelak akan menghormati dan menghargaiku sebagai seorang isteri?
Bagaimana kelak dia akan melayaniku sebagai isteri, akan santun dan baikkah pekertinya?
Rasanya persoalan macamnie tak perlu la nak tuju kat diri Sang Suami, tapi kita perlu fokus pada diri kita sendiri seterusnya memperbaiki apa yang perlu dibaiki. Sebaliknya kita tanya pada diri kita sendiri. Antaranya :
---> Wahai diri, adakah keperibadian seperti diri ku ini kelak akan membahagiakan hati       seorang suami?
---> Adakah karakter diriku ini membuatkan suamiku tenang dan senang dengan diriku      sebagai orang/ isteri yang dipimpin?
---> Mampuku diriku tulus mencintai suami kerana Allah, bersabar dan berhikmah                 dengan seribu satu kelemahannya?



Sikap, karakter diri, dan penghayatan Islam pada diri kita sendiri insya-Allah kelak akan bawa pengaruh yang besar pada suami dan rumahtangga.
Saat ini, berusahalah memilih calon suami yang beriman, usah keterlaluan memikirkan masa depan yang kita tak ada kawalan.
Isteri yang baik, tidak semestinya memiliki suami yang baik, kerana pernikahan adalah ruang ujian, teman hidup kita boleh saja menjadi ujian getir dalam hidup yang sebentar ini.
Suami akan berubah – cepat atau lambat, namun moga sifat dan sikap kita yang penuh nilai-nilai kebaikan mampu menjemput suami dan anak anak berubah kepada jalan yang dicintai tuhan.

Saturday, September 14, 2013

Obsesi Mencari Jam Baru

Assalamualaikum

Cari punya cari kedai jam untuk nak betul kan masih xjumpa-jumpa..Adoii aihhh...Pastu try survey jam baru la.Aku ni tengok jam murah tak nak..asyik nak yang mahal. Macam la keja hebat,kau student weh! Haaa baru tersedar dari mimpi ka? Survey punya survey kawan aku ada tunjuk jam Nixon. Memang mahal. Pengsan! Haha. Tapi memang lawa gilo lah..



See?? Lawa kan.. Bekenan yang warna biru jugak.. tapi mahal lahh.. Tunggu keja la..Kalau dapat biasiswa memang kau jadi milik aku la wahai jam Nixon tercenta!

Ada lagi 1 design memang lawa. Yang ni lagi mahal. Tapi design Nixon tak penah menghampakan diri aku. Haihh bila la nak dapat ha. Asyik berangan ja lebih. Akan aku usahakan jugak nak dapat kan satu!


With colour Baby blue memang mengancam hati ini untuk membelinya


Tapi dont worry baby. Aku tak kan lupakan kau jam lama. Banyak berjasa jam tu pada aku taw.


XOXO,
Cik Orchid

Tuesday, September 3, 2013

Kekeliruan Yang Melanda

Assalamualaikum

Aku tengah confuse ni. Semalam aku pegi kedai jam untuk tukar bateri jam aku yang dh expired date lah. Agak lama jugak lah jam tu tersadai di dalam almari solek rumah aku. tapi tak da la sampai berbulan-bulan pon. Excited punya nak tukar bateri. Cina tu pon check up la aku punya jam. 

Dalam beberapa minit, tetiba cina tu cakap jam aku rosak. Whattttttttt?????? Jam aku rosak? Weh kau tak check betoi-betoi ke hape? Kau pehal? Jam aku beli mahal taww. Bagi aku RM3** tu ckup mahal bagi aku la..Aku beli time sem 2 aku korbankan duet PTPTN aku taw.....pastu cina tu boleh cakap "Jam u dah rosak la, Nak repair guna duit banyak" Aku dalam hati dok pkir,, "Jam tu aku beli mahal taw dakkk...

"HELLO!! I'M TAKING TO YOU"

Sedih giler kot. Pastu cina tu cakap bagi jam tu kat dia, Nanti dia hantar kat company Casio. Dalam hati aku pkir kalau aku bagi kat kau, Nanti kau tukar enjin jam aku yang ori kepada tak ori pulak..Dah lain macam cina ni minta jam aku pulak.Adik aku cakap kau pegi kedai jam lain, tengok diorang cakap apa pulak..


Ni lah jam kesayangan ku tuu

Aku sayang kot jam tuuuuuuuuuu..Mana ada duet nak beli dah oiiii.Naseb la kalau ma ayah simpati nak beli jam baru kat aku,,Hahahaha...


Kalau nak beli jam pulak. Aku nak try jam Ice pulak...Macam best je. Color pon boleh tahan jugak. Ada macam-macam color,tapi yang ni jugak menarik minat hati ni.


Tunggu dan lihat je lah tah-tah aku kena tunggu duit durian runtuh jatuh ke riba la nak beli jam baru kot.

Monday, September 2, 2013

Cara-cara tak nak bagi orang copy entry blog

Assalamualaikum

Macam best je kan tajuk tuuu... Sekarang ni banyak jugak kes-kes menyebabkan kes polis jugak la..Contohnya kes menyamar copy gambar dan mengaku gambar orang tu sendiri..Hahaha,,,bajet Fake la kenkononnya...

Mari uloss cuba untuk safety kan lagi blog korang sume...


First and faremost!!! :

1) Klik Layout

2)Klik Add Gadjet
3)Klik HTML / JavaScript
4)Klik link kat bawah ni...and then copy ye kengkawan

------>http://awansempire.blogspot.com/2012/12/languagejavascript-edit-by-unwanted-var.html


5) Pastu paste kat ruangan HTML / JavaScript
6)Check code HTML cari ayat "hak cipta terpelihara..sory...sory."...Kat situ korang boleh tukar ayat apa-apa yang korang suke ye :)
7) Klik save dan korang boleh view blog korang ye...


"Sharing Is Caring"

Selamat Mencuba ye kengkawan :)

Surat Teguran Seorang Muslimah Untuk Majalah Hijabista

Assalamualaikum

Asyik-asyik belek Facebook tadi, terjumpa 1 artikel yang sangat menarik, dan aku sangat-sangat setuju dengan pengarang surat tersebut.

Marilah kita tengok apa yang menarik sangat pasal surat ni. Surat Teguran Seorang Muslimah terhadap sebuah majalah yang menjadi ikutan hijabista diluar sana.



Kehadapan Hijabista dan Hijabisters yang disayangi…

Saya menulis untuk melahirkan rasa risau saya dengan cara majalah anda ‘mempamerkan’ wanita berhijab. Saya amat percaya bahawa konsep ‘kesederhanaan’ haruslah diseiringkan dengan pemakaian Muslimah (termasuklah hijab) dan kesederhanaaan ini merupakan perkara yang teramatlah penting sekali. Kesederhanaan oleh itu, perlulah diberi keutamaan dan penekanan oleh setiap wanita berhijab dan bertudung termasuklah majalah anda

Tudung ini bukan berfungsi sebagai ‘ganti’ rambut yang kami tutup. Ianya juga bukanlah hanya sekeping kain atau berkeping-keping kain di atas kepala. Hijab datang dengan pakej lengkap, ianya merangkumi akhlak, intelek dan adab. Hijab simbol wanita beriman, kesederhanaannya dalam setiap yang dilakukan, kelembutan, kesopanan. Maruah dirinya. Kebanggaan dirinya. Majalah anda tidak langsung menampilkan ‘kesederhanaan’ yang dituntut’ Islam ini dan biarlah saya berterus terang ini ternyata salah sama sekali.

Meletakkan wanita yang hanya berhijab tetapi disolek bak patung seolah model antarabangsa dalam majalah Vogue (bezanya cuma tutup rambut) adalah satu bentuk penghinaan buat kami wanita Muslim. Juga menyedihkan apabila wanita berhijab tersebut sendiri rela diperlakukan sebegitu rupa, dieksploitasi dan cuma menipu diri bahawa mereka berada di jalan yang benar dan membuatkan Tuhan mereka gembira hanya dengan menutupi rambut mereka. Ya Allah, bagaimanalah anda boleh berfikir anda menggembirakan Allah dengan berhias dan bertabaruj sebegitu rupa sambil menayang kecantikan rupa paras dan tubuh badan anda?

Majalah anda seperti juga Vogue dan Cosmopolitan dan majalah-majalah seangkatan dengannya tiada LANGSUNG dimensi intelek mahupun spiritual didalamnya menjadikannya majalah ini kosong. Majalah anda secara tidak langsung berjaya ‘brainwash’ minda para hijabisters dengan menaikkan hawa’ nafsu mereka untuk berbelanja lebih banyak barang, lagi dan lagi. Hakikatnya wanita yang benar-benar beriman, seorang Muslimah sejati TIDAK perlu menayang segala aksesori kepada orang lain. Nilai wanita Islam BUKAN pada barangan tetapi keyakinan dirinya bahawa apa didalam hati mereka dan minda mereka lebih berharga dari segala gelang, kacamata hitam, kasut tinggi, tas tangan yang anda sogok di setiap muka majalah anda.

Majalah mempengaruhi pemikiran anak-anak muda yang masih mentah untuk menipu diri mereka dengan merasakan bahawa mereka akan lebih cantik dan dihormati dengan KASUT, AKSESORI dan style tudung yang merapu dan merepek.

Di dalam Quran Allah menegaskan bahawa Taqwa adalah pakaian yang terbaik. Tolonglah beritahu dan tunjukkan kepada saya dimana, di muka surat mana and tampilkan mesej ini? Malangnya tiada, tidak di satu muka pun. Ianya majalah yang menjual baragan semata, majlah berbentuk konsumer membuatkan para wanita jadi gila, menurut nafsu untuk membeli, untuk mahukan barangan material yang mungkin tidak langsung diperlukan atau mampu mereka miliki. Lifestyle yang anda tampilkan tidak berapa kena dengan syariat Islam. Masalahnya anda menggunakan Islam untuk menjual. Ini amat mengecewakan. Kemudian ramailah para gadis berangan untuk menjadi seperti covergirls yang telah pun anda tampilkan dengan badan yang ramping, barangan yang hebat dan muka yang gebu yang semestinya sudahpun anda photoshopkan wajahnya. Ianya palsu semata.

Saya jujurnya risau anda merosakkan nilai hijab dan wanita Islam dengan majalah ini. Yang cuma diberikan penekanan adalah kecantikan yang palsu. Saya merayu, tolonglah dengan sepenuh hati nilailah dan muhasabah majalah anda dan isi kandungannya. Kami perlukan majalah yang menaikkan iman kami, yang menjadikan kami Muslimah yang lebih bertaqwa dan disayangi Allah. Majalah yang membantu kami mengubati penyakit-penyakit hati kami, bukan majalah yang membawa mesej apa yang penting adalah rupa anda pada LUARAN, baju apa yang anda pakai dan cara anda mengikat tudung. Walahu’alam

Ikhlas,
Muslimah yang Risau