Saturday, January 30, 2010

"TITISAN AIR MATA"


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti”
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

KEISTIMEWAAN WANITA

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

CINTA??Pada Siapakah??


Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. Hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. Termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.


Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. Lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.


Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. Habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami hilang.

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tahu.
Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah jumpa atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di mana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. Salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zulaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.


Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. Kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, “Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.”

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: “Jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya. Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.”

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.

MASJID QUBA


Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad sebelum Baginda tiba di Madinah melakukan berhijrah dari Makkah.
Masjid Quba kemudian disiapkan oleh
Sahabat Rasulullah . Rasulullah menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadah kepada Allah s.w.t..
Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba, dan
Nabi Muhammad akan mendirikan solat sunat sementera menunggu Saidina Ali.


Masjid Quba Dibina Atas Taqwa
Masjid Quba adalah antara masjid paling suci di antara penganut agama Islam, dan mengikut turutannya ialah
Masjid-al-Haram (Makkah), Masjid Nabawi (Madinah), Masjid-al-Aqsa (Baitulmuqaddis), Masjid Quba Madinah


Masjid Quba disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas Taqwa.
Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin) [9:108]



Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar takwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan orang yang membangunkannya ke dalam api Neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang zalim [9:109]


Nabi telah bersabda kepada mereka: Apakah yang kamu lakukan sehingga Allah telah memperelokkan kamu dengan pujiannya?
Mereka berkata: Kami telah menghimpunkan di antara batu dan air untuk bersuci

Friday, January 29, 2010

"ZINNIRAH"

Mata Kasarnya Buta Tapi Mata Hatinya Celik.......

Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasanapenindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternila bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan.
Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum Musliman dan muslimat dalam memepertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya.
Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada AllahZinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akihirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba.
Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahaya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keislamannya.
Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Seetlah diselidiki, nyatalah bahawa hambanyameniggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W. Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah dan agama Islam sebelum keislamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.w. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anaknya perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.
Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalh rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T. Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya."Ini untukmu Ya Allah.
Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak.
Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh. Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza.
Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku. Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. hatinya dengan penuh lesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.

Wednesday, January 27, 2010

"KISAH ADAM & HAWA"



"Disinilah kita bermula"...................

Setelah Allah bumi, langit, malaikat-malaikatnya; Allah mahu mencipta menciptakan pula sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi serta memeliharanya.
Para malaikat ketika dikhabarkan oleh Allah akan kehendak-Nya menciptakan makhluk itu, mereka risau sekiranya kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu akan menyebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau kerana pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disedari. Berkata mereka kepada Allah s.w.t.:

"Wahai Tuhan kami! Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami,padahal kami selalu ber
tasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-henti, sedangkan makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu, nescaya akan bertengkar satu dengan lain, akan saling bunuh-membunuh kerana berebut untuk menguasai kekayaan alam yang terlihat di atasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah kerosakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu."

Allah berfirman, menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:

"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan
Bani Adam atas bumi-Ku. Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepadanya, maka bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya."
[Al-Baqarah 2:30]

Kemudian, diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t.dari segumpal tanah liat yang kering dan lumpur hitam yang berbentuk. Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna:

Adam diberi tempat oleh Allah di syurga dan baginya diciptakanlah Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya, menghilangkan rasa kesepiannya dan melengkapi keperluan fitrahnya untuk mengembangkan keturunannya. Menurut cerita para ulama, Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang disebelah kiri pada waktu baginda masih tidur sehingga ketika baginda terjaga, baginda melihat Hawa sudah berada di sisinya. Lalu baginda disoal oleh malaikat:

"Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk yang berada di sampingmu itu?"
Berkatalah Adam:"Seorang perempuan."Sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya."Siapa namanya?"tanya malaikat lagi."Hawa",jawab Adam."Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini?",tanya malaikat lagi. Adam menjawab:"Untuk mendampingiku, memberi kebahagian kepadaku dan mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah."


Allah berpesan kepada Adam:"Tinggallah engkau bersama isterimu di syurga, rasakanlah kenikmatan yang berlimpah-limpah didalamnya, rasailah dan makanlah buah-buahan yang lazat yang terdapat di dalamnya sepuas hatimu dan nafsumu. Kamu tidak akan mengalami atau merasa lapar,dahaga ataupun letih selama kamu berada di dalamnya. Akan tetapi janganlah engkau makan buah dari pohon ini yang akan menyebabkan kamu celaka dan termasuk orang-orang yang zalim. Ketahuilah bahawa Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu,ia akan berusaha memujuk kamu dan menyeret kamu keluar dari syurga sehingga hilanglah kebahagiaan yang kamu sedang nikmati ini."

Izrail turun ke bumi dan mengatakan yang kedatangannya adalah atas perintah Allah dan memberi amaran kepada bumi untuk tidak membantah yang memungkinkan bumi menderhaka kepada Allah. Menurut Ibnu Abbas, tanah bumi dan syurga digunakan untuk dijadikan bahan mencipta Adam. Tanah tersebut adalah:

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia,dan
disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima
nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Khurasan.tempat lapar dan haus.

10.Kemaluannya dari Baylon.
Disitulah tempat seks(berahi) dan tipu daya syaitan untuk
menjerumuskan manusia ke lembah dosa.


11. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

12. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

13. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan
sebagainya.

14. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada
Tuhan

Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.
Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.
Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang. “Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.


Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.
Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.

Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.
“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.
“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.

Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.
Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.

Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.
Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru: “Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”.
Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram. Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.

Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.
Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula. “Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.
Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.
Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.


Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.
Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.


Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”

(Al-Baqarah: 38)

Monday, January 25, 2010

RAHSIA WANITA


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8.. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Saturday, January 23, 2010

"CINTA VS SUKA"




Dihadapan org yg kita cinta,hati kita akan berdegup kencang...


Tapi dihadapan org yg kita suka,hati kita akan bergembira.....




Dihadapan org yg kita cinta,musim akan sentiasa berbunga......


Tapi dihadapan org yg kita suka,musin hanya berangin sahaja......




Jikalau kita melihat didalam mata org yg kita cinta,kita akan kaku......


Tapi,jikalau kita melihat ke dlm mata org suka,kita akan senyum.....




Didepan org yg kita cinta,kita akan rasa malu.........


Sebaliknya,didepan org yg kita suka,kita akan tunjukkan imej yg sebenar..........




Didepan org yg kita cinta,lidah kita akan kelu apabila berkata-kata.....


Didepan org yg kita suka,kita bebas berkata apa-apa shj.................




Kita tidak akan merenung ke dlm mata org yg kita cinta.....


Tapi kita akan selalu merenung ke dlm mata org yg kita suka.............




Apabila org yg kita cinta menangis,kita akan turut jua menangis............


Sebaliknya apabila org yg kita suka menangis,kita akan cuba buat dia gembira.......




Perasaan cinta bermula dari mata..Perasaan suka mula dari telinga.....


Jadi, bila kita berhenti menyukai seseorg..ibarat seprti kita membuang telinga kita....


Tapi,jika kita cuba menutup mata...cinta akan berubah mnjadi air mata....


Setiap org yg hidup pasti dapat merasainya............


Saturday, January 16, 2010

"gambar-gambar gerhana(15/1/2010)

Pada pukul 6.00ptg..berakhirnya 'gerhana matahari'
Pada pukul 3.48ptg

Pada pukul 5.53ptg


Pada pukul 5.19ptg



Pada pukul 4.19 petang




Eksperimen yg dibuat membuktikan gerhana sudah berlaku
(3.00ptg)




Gambar yang diambil oleh ayah ana pd pukul 4.00 ptg






Inilah gambar yg diambil oleh ayah ana supaya dapat di kongsi bersama antum semua..Detik-detik gerhana matahari terjadi...Ana sungguh kagum dgn kejadian alam ciptaan Allah...Subahanalllah.....

"GERHANA MATAHARI SEPARA"


Pada hari jumaat,15hb Jan 2010,sebuah lagi kejadian alam iaitu,gerhana matahari berlaku..Subahanallah!!!Kali ini ia merupakan gerhana matahari cincin yang akan dapat dilihat di sepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika,kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana matahari akan berada pada fasa paling lama iaitu,11 minit 8 saat...



kemudian,ia akan meneruskan laluannya ke India,Bangladesh,Burma dan berakhir di China..Di Malaysia,hanya Gerhana Matahari Separa sahaja dapat dilihat pada waktu semalam...Itulah kebesaran Allah..Dekat sini ana nak kongsi satu peristiwa pada zaman Rasullah s.a.w..


Dizaman Rasullah saw,gerhana matahari berlaku pada hari kematian Ibrahim anak Rasullah saw..Timbul desas desus menyatakan matahari juga turut berduka dengan kematian Ibrahim..Mengikut kepercayaan jahiliyah di mana apabila berlaku gerhana matahari atau bulan maka mereka beranggapan bahawa berlaku sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia..


Sehinggalah Rasullah saw membetulkan kembali pegangan ini dgn menyatakan "gerhama matahari tak ada kena mengena dgn kematian sesiapa pun"..Perkara ini jika melibatkan kepercayaan berlawanan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kpd syirik...


Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak diantara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari.....

Friday, January 15, 2010

"Nilai Sebuah Persahabatan"


Malam tadi kamu dan kawan baikmu bertengkar......


Kamu membuat keputusan tak mahu bercakap dengannya keesokan harinya...Dia senyum kepadamu..Sebaliknya kamu menjeling mata kepadanya..Dia menceritakan perkara yang terbaik tentang kamu kepada rakan-rakan yang lain...Sebaliknya kamu menyebarkan fitnah mengenainya...Dia cuba mendekati kamu dan menegurmu...Tapi kamu menolaknya ketepi...Membenci melihat mukanya..Baginya kamu seorang kawan yang terbaik yang pernah muncul dalam kehidupannya...Kamu pula rasa dia seorang kawan yang paling teruk pernah kamu jumpa dalam lembaran hidupmu...Dia pun menulis nota kepadamu dan menceritakan semua 'KENANGAN' manis bersama yang dikongsi bersama...Jauh di sudut hatimu kamu mengasihinya...Tapi dihatimu sudah penuh dengan kebencian...Keesokkan harinya kamu jumpa satu nota daripadanya.....

"Sahabat...........,saya cuba memberitahu kamu semalam tapi kamu tak beri peluang untuk saya....Saya cuba memberitahu kamu berita gembira tapi kamu takut untuk mendengarnya...Saya cuba untuk senyum kepadamu tapi kamu sambut senyuman saya dengan penuh kebencian....Sekarang ini keadaan saya sangat teruk dan makin teruk...Saya minta maaf sebab hari ini saya tak dapat berjumpa dengan kamu...Saya sudah kesuntukan masa...Saya minta maaf sebab terpaksa beritahu sekarang teman...Saya minta maaf atas pergaduhan kita,kamu memang seorang kawan yang hebat..Saya janji akan selalu memerhatikan kamu kerana saya sangat sayang padamu.....Saya sangat sayang padamu.Sambutlah salam penuh kerinduan dari saya.."

Kamu pun berlari ke hospital untuk minta maaf padanya..Tapi hanya ibu bapanya saja yang kamu jumpa..Ibunya mengalirkan butir-butir jernih dari kelopak mata..Dia melutut dan berdoa supaya Allah kembalikan anaknya..Kamu terlambat..Kamu berharap dapat beritahu kawanmu yang kamu minta maaf dan ucapkan Selamat Tinggal.....


*kita jangan terlalu beremosi ketika marah..Kadangkala kita tak tahu apa yang akan terjadi kemudiaan..Hargailah sahabatmu..kerana sahabat sejati yang sanggup berkorban untuk kita sukar ditemui..Allah hanya memberi kita meminjam sahaja sahabat..apabila tiba masanya Dia akan mengambil kembali..Jadi waktu sekarang hargailah dia.. sebelum dia kembali*

MUNAJAT

Banyak orang sebut 'munajat'..tapi apa erti 'munajat'..dekat sini ana nak berkongsi dengan antum semua..maksud munajat..Munajat berasal dari bahasa Arab yg maknanya merahsiakan..Jadi maksud Munajat atau Bermunajat ialah mendekati Allah dgn cara berdoa atau berzikir dan lain-lain...


Bermunajat dgn wirid-wirid yg diambil dari Al-Quran dan Al-Sunnah setiap hari,bukan sahaja dapat menguatkan rohani seseorang tetapi juga- dengan izin Allah -dapat melindungi manusia daripada musibah atau gangguan makhluk yg jahat..

Diantara tempat dan waktu yg paling baik utk bermunajat dgn himpunan wirid ini ialah:
Pada sepertiga akhir malam,hari jumaat,malam sepuluh akhir Ramadhan,hari Arafah,hari-hari Mina,ketika tawaf,sa'i,melontar Jamarah,sepuluh hari pertama dalam bulan Dzul Hijjah,antara azan dan iqamah,waktu dalam sujud ketika solat,ketika hujan turun,ketika musafir,ketika sedang berpuasa atau berbuka,atau pada bila-bila masa sahaja,sama ada waktu malam atau siang...

Jika munajat dgn wirid ini menjadi amalan tetap seseorang pada waktu malam,lalu dia luput tidak membacanya kerna tertidur atau sebab-sebab tertentu,maka baik baginya jika dia membacanya di antara solat Subuh dengan solat Zuhur...

Umar Bin Al-khattab r.a berkata:Rasullah s.a.w bersabda:Siapa yang tertidur(terlupa)dari wiridnya,lalu dia qadha'(ganti membacanya) antara Subuh dgn Zuhur,maka di tulis pahala baginya seolah-olah dia membaca pada malamnya...

Maka kita yakin barangsiapa yang memeliharanya dan mengamalkannya dengan sungguh-sungguh,maka dia layak-dengan izin Allah-mendapat perlindungan daripada segala kejahatan dan akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat....

"TERLALU BANYAK UTK SATU"


"Kita ada 1 saja hati,

jika gembira,hati itulah.....
jika bertaqwa hati itulah.....
jika beriman ,hati yang 1 itu juga....
jika bercinta hati itu juga.....
jika terluka hati yang 1 itu.....
itulah sebabnya Allah hanya menurunkan 1 sahaja perasaan.....
kasih sayang...
kesedihan....

kerinduan.....
kerana Dia tahu walaupun 1...
manusia dapat merasakannya...
terlalu SATU untuk banyak perkara..."

Thursday, January 14, 2010

"Ada Apa dgn Cinta"??

Cinta tak pernah meminta tetapi ia memberi dari hati seseorang yg normal.Cinta membawa penderitaan,tetapi tak berdendam,tak pernah membalas dendam.Dimana ada cinta d'situlah ada kehidupan manakala kebencian membawa kpd kemusnahan.


Tetapi mengapa Allah hanya menganugerahkan sekeping hati kpd kita??kerana Allah telah memberikan sekeping lagi hati pd seseorang utk kita mencarinya..Itulah namanya "Cinta"..Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai.Satu titis air mata itu menyapa air mata yg satu lagi,"saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya..siapa pula kamu?"Jawab titis air mata kedua:Saya air mata seorang jejaka yg menyesal membiarkan seorang gadis yg mencintai saya berlalu begitu sahaja..


Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain,dan kamu masih mampu tersenyum,bergembira dan ketawa sambil berkata;saya turut bahagia untukmu..saya bahagia jikalau kamu bahagia..Jika kita mencintai seseorang,kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tak berada disisi kita.Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.Jangan sesekali menyatakan kamu tak mencintainya lagi jika kamu masih tak dapat melupakannya...


Perasaan cinta itu di mulai dari mata,sedangkan rasa suka di mulai dari telinga.Jadi jika mahu berhenti menyukai seseorang,cukup dengan menutup matamu dari orang yang kamu cintai,cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal di hatimu dalam jarak waktu yang cukup lama..Cinta datang kpd orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah di kecewakan.


Jangan simpan kata-kata cinta pd orang tersayang sehingga dia meninggal dunia,lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya...Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya..Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat,kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu..


Jangan larikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu.Jangan larikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti,kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.


Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan.Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,tetapi menghembuskan kegagahan.Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.Kata Hamka;cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,debu beralih emas,sakit menjadi sembuh,derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tak mencintaimu,tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cinta mu kpdnya...


Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis,ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah.Kadangkala kamu hanya mencium harum baunya tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar menusuk jari bagai sembilu..Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat beerti bagimu.Hanya untuk menemukan bahawa kamu sangat merindukan seseorang,ketika kamu memikirkannya,hatimu hancur berkecai..Tetapi apabila hanya mendengar katanya,hatimu kembali menyatu semula....


Kaum lelaki selalu mempersoalkan kelemahan kaum wanita kerana sering mengalirkan air mata..Tetapi,segah-gahnya dan perkasanya lelaki,sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan air mata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu'cinta'.Alangkah misterinya cinta seorang gadis yang dianggap lemah oleh lelaki sehingga boleh mengalirkan airmata seorang jejaka!!Aneh, tetapi itulah hakikatnya..Allah ciptakan 100 bahagian kasih sayang.99 disimpan di sisiNya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia.Dengan kasih sayang yang 1 bahagian itulah,mahkluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak...


Kadangkala kamu tak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati,sehinggalah kamu kehilangannya..Kita hanya akan menghargainya selepas dia tiada...Baru kita akan merasai kehilangannya..Pada saat itu,tiada guna jalan berpatah balik..Jangan kerana cinta prinsip kita larut dan cair..Cinta tak semestinya bersatu dan berakhir dgn perkahwinan dan perkahwinan juga tak semestinya akan menoktahkan titik akhir kpd percintaan..Kesetiaan akan mengikat cinta,kecurangan akan meranapkan segalanya...


Cinta sejati ialah kasih Allah kpd hambaNya..kasih murni ialah ibu bapa kpd anak-anaknya Kasih saudara masa berada..Kasih sahabat masa binasa..Kasih orang berganti....Jangan mencintai seseorang seperti bunga,kerana bungakan mati kala musim berganti..Cintailah mereka seperti sungai,kerana sungai mengalir selamanya..Cintailah seseorang di atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya....


Kisah silam tak perlu di ungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu.Teman percintaan ialah sayu dan pilu,Namun dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus dalam cinta..Kata Raja Pedang deir;hati-hati dgn cinta,kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit,orang nomal menjadi gila.... kaya menjadi miskin,jika cintanya itu disambut oleh para pencinta palsu.....


Terdapat banyak bintang di langit tetapi hanya 1 sahaja begitu bersinar sehingga dapat menarik perhatian mu.Dari kalangan bintang yang kamu abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada.tak usah sebut pasal cinta jika kamu tak sebenar-benarnya ambil kisah,tak usah bercakap tentang perasaan,jika ia tak berada di hatimu,tak usahlah menunjuk ke dada,jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu..Minat bukan bermaksud cinta..bangga juga tak bermaksud cinta...kagum bukan cinta..suka juga tak serasi dengan cinta...malah sayang juga bukan cinta..tetapi cintalah yang menceritakan apa erti percintaan!!!

p/s:Cinta Allah...cinta sejati tiada tolak bandingnya..sangat istimewa..Allah hanya mencintai hambanya yang selalu mengingatiNya..mencintaiNya melebihi makhluk lain sama ada dalam waktu senang atau susah......

portal ukhuwah

Wednesday, January 13, 2010

KELUARGAKU..SYURGAKU


Keluargaku..syurgaku??disebalik ungkapan ini terdpt banyak maksud..ana sangat menyayangi keluarga ana ..mama yang telah melahirkan ana...ayah yang telah menjaga ana...ana sangat berterima kasih kpd mama dan ayah...kita patut bersyukur...kerana mendapat kasih sayang mama dan ayah...tetapi ramai remaja sekarang tidak menghargainya..cuma kita renungkan bagaimanakah perasaan teman-teman kita yang tidak mempunyai ibu bapa??alangkah pilunya hati ini..kekurangan kasih sayang..tambahan pula apabila melihat teman-teman yang lain mempunyai ibu bapa...apabila tibanya Hari Raya???adakah kita mendalami perasaan mereka??tetapi adakalanya hati kita sbg manusia biasa tak terlepas daripada melakukan dosa!!!adakalanya perasaan tidak puas hati..tidak mahu dikongkong dan sebagainya meronta-ronta didalam hati di usia remaja...tapi hal itu kita sbg remaja Islam perlulah pandai mengawalnya dgn baik..kadang2 nafsu dan syaitan menguasai diri...jadi iman didada perlulah mantap...utk menghadapi kehidupan sbg khalifah di atas muka bumi ini....

Tuesday, January 12, 2010

"apaKaH cintA?"




CINTA??




Bagiku,cinta adalah kekuatan,


Ia ada kemampuan,


Mengubah duri menjadi mawar,


Mengubah cuka menjadi anggur,


Mengubah sedih menjadi riang,


Mengubah malang menjadi tuah,


Mengubah syaitan menjadi nabi,


Mengubah iblis menjadi malaikat,


Mengubah sakit menjadi sihat,


Mengubah kandang menjadi taman,


Mengubah penjara menjadi istana,


Mengubah amarah menjadi ramah,


Mengubah musibah menjadi muhibah,




ITULAH CINTA!!!!


kuku panjang &cincin

KUKU PANJANG
jgn ada niat nak simpan kuku panjang...walaupun hanya jari kelingking @ pun 1mm..bagi orang islam menyimpan kuku panjang tidak sesuai..ia akan mnjadi susah apabila kita beristinjak..Ianya tidak mmbayangkan kesucian..bahkan ini bukanlah budaya orang Islam..dan tidak mengikuti syarak...
orang melayu yang berkuku panjang biasanya anak mereka kurang cerdik..mana tak nya..ibu-ibu mereka berkuku panjang dan memberi mereka memakan dgn bahan kotor yang ada pd kuku ibu mereka..apabila memerah santan..menguli tepung..nescaya..bahan-bahan yg kotor tadi melekat pada makanan itu..percayalah kawan-kawan....
ada sejenis kuman yang ada pada kuku yg panjang yang selalunya ada pd najis manusia..iaitu E-Coli..ia tidak akan hilang wlupun kita telah mencucinya dgn air sabun

CINCIN
Nasihat Nabi Muhammad kpd Saidina Ali r.a sesudah bernikah dgn Siti Fatimah,anak kesayangan baginda..Nabi Muhammad berpesan kpd Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin..pakailah seperti:

1)jari manis
2)jari kelingking

Dan jgn memakai jari:

1)jari tengah
2)jari telunjuk

Nabi Muhammad melarang kita memakai pd jari tengah dan jari telunjuk kerana meniru kaum yg dilaknat oleh Allah iaitu kaum yg derhaka pd zaman Nabi Luth...

p/s:berhiaslah mengikut cara Islam yg tidak melanggar syariat Islam..mengikut sunnah Rasullah adalah cara khdpan yg sebenar merangkumi aspek kehidupan...

IKHLASKAH KITA DALAM PERSAHABATAN??


Mengukur nilai prsahabatan nampak mudah tetapi hakikatnya menilai bukanlah boleh d'lakukan sehari dua.Maklumlah hati manusia berubah-ubah..Hari ini dia memang sahabat kita kerana mungkin sependapat,banyak persamaan ,minat pun sama tetapi bila sudah lama kenal baru tersua cacat celanya...
Ditakdirkan kwn yg selama ini kita anggap sgt memahami tetapi tiba-tiba berubah sikap kerana sikap kita yang kurang menyenang kan hatinya..sanggupkah meleraikan ikatan persahabatan dek kesilapan yg kadangkala cuma remeh -temeh??
adakah kerana menyedari bahawa kwn kita pula punya kekurangan yg kadangkala sukar diterima akal,haruskahkita menjauhi drpdnya..adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata-mata kerana kita sekepala??
sebelum menilai sejauh mana kwn yg selama ini dianggp kwn kita itu benar2 jujur dlm persahabatan,tanyalah diri sejauh mana kita ikhlas bersahabat dgn orang lain.jika kita memang benar2 ikhlas berkwn tetapi kwn kita pula tak tahu menghargai" KEIKHLASAN" kita,memang lah pedih hati terasa..
tetapi sekurang-kurangnya kita tidaklah mncemarkan nilai persahabatan dgn menyuburkan persahabatan yg dibina sekian lama semata-mata silap teman yg mungkin tak seberapa mana..ikhlasnya persahabatan tak ternilai dgn bnda termahal sekalipun didunia ini..Dan percayalah erti persahabatan yg paling bermakna akan hanya terbina atas keikhlasan yang tak berbelah bagi...Jgn hanya setakat tahu berkata-kata bila berkwn kerana kata2 takkan bermakna jika dibiarkan kata2 itu begitu shj..Tanya hati &diri masing2....Adakah kita ikhlas berkwn hanyalah dipanggil kwn shj...Fikirkanlah...


p/s:ikhlaslah bersahabat kerana Allah...kerana d'situ terdapatnya kemanisan Iman...




-sahabatku,semoga segalanya menjadi bukti di hadapan Tuhan...di akhirat nanti...bahawa kita telah pernah bersahabat kerana Allah.....


-Dariku,demi sucinya persahabatan kita kerana Nya....



temanku..(najihah,hanisah)